Friday, March 16, 2012

Pujangga Hari Ini

Adakalanya jodoh mendahului sebuah cinta sejati....

~arianamikail~ 

Kalau jodoh kau adalah cinta sejati kau itu namanya JODOH..
Kalau jodoh kau BUKAN cinta sejati kau itu juga dipanggil JODOH..

^___^

~pengarang~

Dugaan itu datang TANPA kita duga..
Adakala dugaan itu datangnya kerana kesilapan kita..
Adakala dugaan itu datangnya dari Yang Maha Esa...

Dugaan itu umpama Tayar Dan Basikal..
Hari ini kita mengayuh dengan senang hati tanpa curiga..
Hari esok kita masih mengayuh..
Dan mengayuh...
Ada ketikanya TAYAR basikal kita PANCIT 
dan
Adakalanya ianya BOCOR...
Kita suka mengayuh..
Kerana suka kita PAM Tayar supaya ianya idak pancit lagi..
Kerana suka kita ganti Tayar supaya tidak bocor lagi..
Semangat untuk mengayuh menjadikan kita berfikiran..
Menjadikan kita cuba menyelesaikan..
dan
menjadikan kita LEBIH BERSABAR...

Tak salah kalau kita mempunyai semangat untuk menempuh dugaan..
Tak salah kalau kita  cuba mengatasi apa-apa yang buruk melanda..
dan
Tak salah kalau kita berbalik ke PANGKAL JALAN...
Sesungguhnya 'Dari mana kita datang, Disitu kita akan kembali'

~pengarang~

No comments:

Post a Comment